asmiera bloggy: The Best of HOT Stories of The Day !
 

The Best of HOT Stories of The Day !


Pagi tadi aku sarapan nasi lemak pukul12, macam biasalah. What? Aku memang suka makan lambat okay bukan sebab bangun lambat ke apa. *ecehh penipu. Makan tengahari pukul 4petang, makan malam pukul12 tengahmalam. Okay, yg ni memang tipu sebab aku malas makan malam bukan sebab diet ke apa tapi sebab malas. Malas masak, malas suap, malas kunyah. *ehh? Kesah pulak aku? Please ahh, aku baca blog kau ney bukan sebab nak dengar cerita pasal makanan kau tuh Asmiera, tapi sebab nak tahu apa yg HOT STORIES sangat tuh. HAHA , okay lek ah aku nak cerita lah ney :P

Hmm, nak mula dari mana yea? Okay, aku sebenarnya sedih tahap meraung-raung dah ney tengok blog aku. Ce tengok older post aku, bila last aku post entry? 24 June 2011, right? Memang lama gila lah kan :D Ni lah bukti kemalasan aku. Rupanya, SPM dah habis pun malas kau tak hilang lagi kan Asmiera T____T dulu beria janji lepas habis jea SPM akan aktif berblogging. Now? Mana lu punya janji Asmiera ?! Edit blog sampai ke tengah malam kau nak, tapi post entry? Eh, percaya tak kalau aku kata nak post entry ney pun aku kena buat rangka dulu. HAHA, teruk kan ? See, pengaruh SPM tak habis lagi ni :D

Cakap pasal pengaruh SPM kan, minggu ni hari selasa haritu aku baru jea ambik test komputer untuk lesen L. Aku ambik 10hari after ceramah lesen. Orang lain sehari jea dah habis baca buku lesen tuh, aku ambik masa sampai 10hari. Kau ingat test komputer tuh macam exam SPM kea Asmiera hoyy? HAHA, kasi boooooo sikit :D "Erm, erm. Alah, aku ingat kalau dapat highest score, orang kat tempat lesen tuh bagi hadiah or something like that." <<-- ney Asmiera jawab. HAHA, banyaklah kau punya hadiah. Kau ingat tempat lesen tuh bapak kau yg punya?

Disebabkan aku ambik test komputer lambat dan hujung minggu ney aku busy tahap Perdana Menteri, aku akan dengar the next ceramah minggu depan 31.12.2011. And the next day pulak
1.1.2012 aku akan melapor diri untuk berkhidmat untuk negara (PLKN lah apa lagi). Tak dapatlah aku nak merasa lesen L tuh T____T cis, takguna punya...... okay, watlek watchill Asmiera. Kita think positif yeaaa. PLKN memang best, best sangat! ^^" Pergi PLKN kan, kau akan dapat ramai kawan, makanan pun sedap-II belaka! Tak perlu bangun awal pagi buta macam yg dorang selalu cakap lah. And and, aktiviti dorang mane lasak sangat pun, just santai-II jea, gerenti tak belang ah muka kau! T___T

Aku dah siap hitung kalendar tahun depan dah ney. Bulan Jan ada cuti Tahun Baru Cina hari Isnin dan Selasa. Aku harap orang PLKN tuh bagi cuti 4hari, Jumaat sampai Selasa. Aminn!
Then bulan 3 pulak harap dorang kasi pelepasan untuk habis awal sebelum cuti sekolah seminggu tuh. Cehh, berangan jea kau padahal tadi postman dah datang rumah hantar surat PLKN. Dia tulis, tahniah! OKAY , TAHNIAH LAH SANGAT >.< nampak sangat aku rasa jengkel sampai semua huruf capital. HAHA. And dia kata PLKN sampai 17hb, a week after school holiday!

*Dah boring aku baca entry kau ney, kemainn lagi panjangnya, mana hot stories kau Asmiera?! Amboii, pasal hot stories kemain cepat lagi kau nak baca kan. HAHA. Sebenarnya tuh semua propa jea lebih. Manada hot stories sangat pun. HIHI ^^ nak marah lettew. Janganlah marah,
aku buat muka comel ney. HAHA. Okay-II aku janji lepas ney aku tak buat tajuk propa dah. Janganlah korang taknak baca entry aku pulak lepas ney, pelishhhhhh. Maap maap :P Eleh, macam kau rajin post entry jea kan Asmiera. Lepas ney tengok lah, entah-II next entry aku bulan 4 nanti, after aku balik PLKN. HAHA


P/S : aku agak lambat. Ingatkan nak wish gudluck, tapi dorang dah amik result pagi tadi. Aku wish CONGRATULATION jea lah yea pada siapa yg berjaya ^^ siapa yg tak berjaya, jangan sedih. kan ada SPM? usaha lagi, orite? ^^ Seronok ah korang. Kami ney masih lagi tersiksa tunggu result SPM keluar nanti. Haish, kecut urat kentut aku fikir pasal result :P

No comments:

Post a Comment

suka ? comment lahh :)

Powered by Blogger.